Thursday, 11 October 2012

PRANK BIRTHDAY PALING TERUK DALAM HIDUP!!!

mesti nak tau kan? hahaha. tetiba jee introduction macam tu. puihh! haa nak cerita la ni macam mana kena prank semalam. tapi before tu nak cakap aku memang bodoh cause knp la aku tak fikir itu prank. boleh ingat benda tu betul padahal aku tau pukul 12 tu dah masuk 10/10/2012 which is birthday aku la kan. bila fikir balik semua tu memang tak logic langsung pun plus memang macam dalam drama gilaa. hahaha! apa lawaknya wehhh Nadhrah. lain kali fikir! hadoyy! tapi masalahnya benda tu jadi sekelip mata membuatkan aku macam tak sempat nak fikir apa tak sangka la macam tu sekali dorang plan nak prank. huh! ini lah kisahnya. . . okay first of all kan, ada la member aku ni nama dia sadiq member class aku. dia ajak aku pegi makan la dkt kedai yg berdekatan dgn rumah. aku memang malas gilaa dah knp tetiba nak ajak keluar makan kan. dah la ajak pukul 10.30 mcm tu sanggup nak ambik dkt rumah. dalam kemalasan yg melanda diri malam tu, memang mengantuk plus malas nak mandi malas nak cari baju nak pakai semua aku pun still la pergi. dah banyak kali mengeluh dekat wida, aina and ada cakap malas nak pegi. but dorang buat bodoh je. tp ada la aina kata, pegi jelaa kot dia nak celebrate birthday kau ke bagi suprise ke. ermm okay fine. aku memang tak expect apa apa langsung. at last, sadiq tu dah sampai and ktorang pun pergi la makan dkt anjung nama kedai makan tu. sampai2 je macam biasa la order makan minum bagai. lepas habis makan lama sikit tu tetiba sadiq tu cakap, ehh you, member i accident laa dkt machang. duh frust gila doh member baik kot. patah kaki semua. i nak kena pergi la *dengan muka frust dia tu. lepas tu dia cakap lagi, you boleh tak balik sorang ke or suruh kakak2 housemates you ambik you dkt sini? woahhh memang hangin gila aku time tu doh! dah la ajak aku keluar lepas tu nak suruh aku balik sorang2 kawasan rumah tu dah la gelap gila nak jalan kaki. plus kan aku dah cakap aku memang malas nak keluar! aku dah serabut. aku marah dia cakap lain kali tak payah la ajak keluar dah la i memang malas nak keluar pun tadi, hish. then muka dia pun like macam serbasalah gila dia cakap wait up bg i masa nak fikir. tapi dari aku dgn dia dkt kedai makan tu dia memang tak lepas dari pegang phone dia. aku macam ternampak panjang gila text. but its okay la tgh text awek kot. aku pun buat bodoh jee. aku memang malas la nak susahkan kakak housemates nak ambik aku tetiba plus dorang memang takde dkt rumah dah time before aku keluar pegi makan tu (dorang pergi beli cake) hahaha. sekali aina call tanya, nad kau dah habis makan ke? kau dekat mana? aku pun cakap laa dah habis pun plus aku tak tau nak balik naik apa ni sadiq tu tetiba nak pergi tgk kawan dia accident so entah la. lepas tu aina cakap, takpe laa aku suruh kak kim ambik kau. ermm, aku macam pelik laa ehh tetiba je baik semacam nak suruh kak kim ambik caring gila kau! hahaha. then tak lama lepas tu kak kim pun sampai ditemani kak fafa. masa aku dah naik kereta tu, kereta kak kim macam tersedak-sedak. kak kim pun turun la kejap check sbb kak fafa pun suruh. okay lepas tu takde apa apa boleh jalan lagi. sampai la selekoh nak masuk rumah aku tiba tiba! kereta tu mati. jalan rumah aku memang gelap gila memang scary habis la ada semak samun tepi tu. tapi aku tak risau sangat la sbb dah dekat dgn rumah pun. time kereta tu mati, ada 3 orang mamat keluar dari semak tu pakai sweater dgn hood tutup muka pegang kayu and ketuk depan kereta kak kim tu. situasi jadi makin cemas bila kak kim and kak fafa jerit cakap wehh siapa tu doh! aku terdiam and memang tak boleh nak fikir apa. dorang terus buka pintu belakang masuk dalam kereta grab aku tutup mata tutup mulut ikat tangan semua. pergh! tau tak fikir apa masa tu? fikir nak kena rogol and mati je! bodoh gilaaa sumpah! dalam kereta tu aku meronta-ronta sambil meraung panggil kak kim kak fafa and mama! aku keep on meraung menangis! tangan aku sakit gila dorg ikat and pegang nasib tak terkehel je. mata aku dorang tutup kuat sangat plus dorang tutup mulut sekuat hati cause aku tgh menjerit macam orang gila. suddenly, orang tu cakap kau diam kalau tak kau kena! kak kim and kak fafa dalam ketakutan pun cakap nad diam lah sbb dorg ada pisau tu! aku terus tersenyap sbb tersangat takut. sepanjang tu kereta tu berjalan. see? tak logic kan? tadi rosak ni boleh start dah. hahahah! sampai je rumah aku, dorang stop and angkat aku macam mayat tu sambil tutup mata and tutup mulut tak lepas. paling dorang jaga mata sbb dorang tak nak aku nampak pergi mana and dkt mana. hahaha. aku menjerit2 cakap sakitttt! then aku rasa aku dah diletakkan dekat atas lantai. orang2 tu suruh aku diam kalau tak dorang cakap nak rogol. lagi sekali aku terdiam sbb takut dgn apa yg dorang cakap tu. kak kim and kak fafa pun konon menangis cakap dkt mana ni aku takut bagai. shitttt! rasa macam diri ni bodoh sangat. and all of sudden! HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU sambil ada cahaya lilin dgn cake! dorang pun bukak mata aku and aku keep menangis gila gila sbb still takut and menggigil2 sambil cakap, sampai hati korang. haha.

haaa ni lepas dorang buka mata aku. macam mayat dah kan? HAHAHA :D

aku bangun jee aku terus pukul orang yg kidnap tadi tu, fazmirul, kerey and helmi. korang memang tak guna weh! sakit tau tak! arghhhhh stress gila aku! knp la aku beriyaa sangat. tak boleh terima gila lepas tu dorang prank macam tu sekali! after that aku memang lembik habis la bayangkan separuh mati meraung menangis melawan semua. dorang pun suruh aku tiup lilin cake and potong cake tu. hmmmm! dalam keadaan yg lemah dan tidak berdaya, cehhh aku pun tiup and potong la cake tu. and tetiba ada orang datang and aku tanya, siapa? dorang semua cakap, sadiq! hah! memang geram gilaaa kottt! terus serang dia cakap, haaa mana member accident patah kaki bagai? penipu! seronok la kan buat macam tu berkomplot sama2. rupanya time dkt kedai makan tu dia asik pegang phone je sbb tgh berBBM dgn si aina plan semua. hayooooo! patut la beriyaaa sangat ajak keluar makan kan. pfffttt =.= in conclusion, bengkak dah tangan kanan aku dkt pergelangan tangan. and and, masa dalam kereta tgh meronta ronta tu phone entah kemana purse selipar nasi gorang kampung yg dorang order tu semua terbang! hahaha. paling tak suka, screen protector phone calar balar gilaaa. oh frust! punya la jaga kot tak nak bagi calar. kena tukar screen protector baru la nampaknya. haaa fazmirul a.k.a konon2 penculik, ganti balik! hahaha :D lepas tu majlis makan2 berjalan seperti biasa lepak memekak dan main gitar nyanyi lagu birthday untuk aku. ohh such a great memories la kan! perasaan semalam, takut, sedih, gembira, seronok, kecewa, marah semua perasaan ada. haha.

happy birthday girl ! :)

tiramisu cake for me, yeayyy!

ada, wida, nad and aina :)

setinggi tinggi penghargaan kepada aina, wida, ada, mamat, fazmirul, helmi, kerey, sadiq, kak kim, kak fafa, kak sya, kak ah, kak wan, kak yang! thanks korang sebab buat surprise ni. even sangat tragis tapi happy sangat! terharu and gilaa appreciate apa korang buat. susah2 plan dari hari tu, belikan cake, thanks a lot and thank you so much! tak tau nak cakap mana tapi sayang korang lah especially aina, wida and adaaaa! :') HAPPY 19th BIRTHDAY NADHRAH YAACOB!


INI LAH HASIL KERJA MEREKA. SAKSIKAN LAH :D ACTION!



2 comments:

  1. Hai..mne pic awak kena ikat mata

    ReplyDelete
  2. kate mulut kena ikat tp awk boleh pulak bercakap. . pelik laaa

    ReplyDelete