Tuesday, 10 December 2013

Its all about me me me :p

Hai semuaaaa! Bosan weh habis diploma ni tak tau nak buat apa. Kerja yg apply semua takde respon lagi menyampah gila. So duduk rumah makan tidur. Nak keluar tak masyuk tp hari2 je keluar jgk rasanya. Hahaha. BOSAN BOSAN BOSAN. 


Wednesday, 5 June 2013

Im yours and you are mine. We are together as ONE :)

Alhamdulillah. . .

Our couple ring :)

Hai blogger! Lama tak update. Malas la nak buat karangan panjang2. Hahaha. Haaa, segan nak cerita sebenarnya tapi saje je la kan. Hehe. Muhammad Naquib Nasrulllah Abd Wahid? Dulu form 2 and form 3 2007 2008 I dengan dia. 29/5/2007 untill 4/10/2008. So lepas je ktorg break dia still sabar tunggu I sampai la sekarang. Well, sepanjang tunggu I dalam masa 4 tahun ni bukan senang untuk dia. Penyiksaan, penderitaan, kesakitan, pengorbanan kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan. But yes! He did well. Dalam masa 4 tahun ni jugak ktorg banyak kali lost banyak kali gaduh itu ini but end up dia memang ada. Congrats sayang sebab sabar and sanggup berkorban sampai macam tu sekali. Nak dipendekkan cerita, 13 May 2013 pukul 9 suku malam macam tu, dia propose I balik. Hahaha mcm nak kawin pulak cerita. Setelah 4 tahun, hati I terbukak balik untuk dia. So I ikut je flow ni doa yang baik2 hope ktorg boleh teruskan hubungan ni dengan baik, Insyallah. Cara dia melamar sangat dramatis you all! Selalu malam ktorg akan keluar lepak mana mana. Then malam tu, dia tetiba bawak I pegi tasik Cyberjaya which is tempat tu dulu ktorg suka lepak situ. I was like errr motif pegi situ kan?! Then he just stop his car there then senyum. Then sokay lah I pun nak keluar la kereta tu. Sebelum keluar tu I tgk tangan dia capai seat belakang kereta and I dengar bunyi plastic. I terus macam dapat agak apa yg dia nak ambik tu I terus jerit nama dia, Naquib! Then dia pun bagi la bunga tu and dia suruh baca kad yg ada dalam bunga tu. Then ktorg pun turun la dkt tasik tu. Tasik tu berhadapan dgn bridge Putrajaya. Pemandangan situ sangat cantik and memang romantik habis la cerita dia! Hahaha. Then ktorg pun duduk la dkt kerusi tepi tasik tu. Suddenly, dia melutut depan I and cakap, SUDI TAK YOU TERIMA I BALIK? I terus gelak and suruh dia bangun cepat sebab malu weh! HAHAHAHA. Then dia pun tak keruan tunggu jawapan I kulukilir depan I. Then dia cakap, Nadhrah, cepat la I tunggu jawapan you ni. I just jawap, YEEE! Then dia kata yee apa? I pun jawap la yee SUDI! Hahaha. Oh hmm, i think im ready with it cause I know I memang boleh dengan dia, Insyallah. So hope happy ending! Doakan ktorg okayyyyyy! Eeeee JIWANG GILA NAK MAM AKU RASA TULIS BLOG MACAM NI. HAHAHAHA MESTI ORANG ANNOYING BACA :D

Ni la gambar2 lepas in relationship balik :)

Seee! Flower and card 13/5/13 :)

Yeay dpt flower! Hihi

Taman Wetland Putrajaya :)

Baru balik Vietnam time ni so acah acah tshirt sama la konon. Hihi.  And ktorg buat couple ring :)

Mcd with him and his lil sister Marrissya. Dah macam 1 family pulak. Wakaka.

Dinner at Sushi King with him kakak mama and kak Jaja :)

Im wearing hijab!

Our red sandle :)

Thursday, 11 October 2012

PRANK BIRTHDAY PALING TERUK DALAM HIDUP!!!

mesti nak tau kan? hahaha. tetiba jee introduction macam tu. puihh! haa nak cerita la ni macam mana kena prank semalam. tapi before tu nak cakap aku memang bodoh cause knp la aku tak fikir itu prank. boleh ingat benda tu betul padahal aku tau pukul 12 tu dah masuk 10/10/2012 which is birthday aku la kan. bila fikir balik semua tu memang tak logic langsung pun plus memang macam dalam drama gilaa. hahaha! apa lawaknya wehhh Nadhrah. lain kali fikir! hadoyy! tapi masalahnya benda tu jadi sekelip mata membuatkan aku macam tak sempat nak fikir apa tak sangka la macam tu sekali dorang plan nak prank. huh! ini lah kisahnya. . . okay first of all kan, ada la member aku ni nama dia sadiq member class aku. dia ajak aku pegi makan la dkt kedai yg berdekatan dgn rumah. aku memang malas gilaa dah knp tetiba nak ajak keluar makan kan. dah la ajak pukul 10.30 mcm tu sanggup nak ambik dkt rumah. dalam kemalasan yg melanda diri malam tu, memang mengantuk plus malas nak mandi malas nak cari baju nak pakai semua aku pun still la pergi. dah banyak kali mengeluh dekat wida, aina and ada cakap malas nak pegi. but dorang buat bodoh je. tp ada la aina kata, pegi jelaa kot dia nak celebrate birthday kau ke bagi suprise ke. ermm okay fine. aku memang tak expect apa apa langsung. at last, sadiq tu dah sampai and ktorang pun pergi la makan dkt anjung nama kedai makan tu. sampai2 je macam biasa la order makan minum bagai. lepas habis makan lama sikit tu tetiba sadiq tu cakap, ehh you, member i accident laa dkt machang. duh frust gila doh member baik kot. patah kaki semua. i nak kena pergi la *dengan muka frust dia tu. lepas tu dia cakap lagi, you boleh tak balik sorang ke or suruh kakak2 housemates you ambik you dkt sini? woahhh memang hangin gila aku time tu doh! dah la ajak aku keluar lepas tu nak suruh aku balik sorang2 kawasan rumah tu dah la gelap gila nak jalan kaki. plus kan aku dah cakap aku memang malas nak keluar! aku dah serabut. aku marah dia cakap lain kali tak payah la ajak keluar dah la i memang malas nak keluar pun tadi, hish. then muka dia pun like macam serbasalah gila dia cakap wait up bg i masa nak fikir. tapi dari aku dgn dia dkt kedai makan tu dia memang tak lepas dari pegang phone dia. aku macam ternampak panjang gila text. but its okay la tgh text awek kot. aku pun buat bodoh jee. aku memang malas la nak susahkan kakak housemates nak ambik aku tetiba plus dorang memang takde dkt rumah dah time before aku keluar pegi makan tu (dorang pergi beli cake) hahaha. sekali aina call tanya, nad kau dah habis makan ke? kau dekat mana? aku pun cakap laa dah habis pun plus aku tak tau nak balik naik apa ni sadiq tu tetiba nak pergi tgk kawan dia accident so entah la. lepas tu aina cakap, takpe laa aku suruh kak kim ambik kau. ermm, aku macam pelik laa ehh tetiba je baik semacam nak suruh kak kim ambik caring gila kau! hahaha. then tak lama lepas tu kak kim pun sampai ditemani kak fafa. masa aku dah naik kereta tu, kereta kak kim macam tersedak-sedak. kak kim pun turun la kejap check sbb kak fafa pun suruh. okay lepas tu takde apa apa boleh jalan lagi. sampai la selekoh nak masuk rumah aku tiba tiba! kereta tu mati. jalan rumah aku memang gelap gila memang scary habis la ada semak samun tepi tu. tapi aku tak risau sangat la sbb dah dekat dgn rumah pun. time kereta tu mati, ada 3 orang mamat keluar dari semak tu pakai sweater dgn hood tutup muka pegang kayu and ketuk depan kereta kak kim tu. situasi jadi makin cemas bila kak kim and kak fafa jerit cakap wehh siapa tu doh! aku terdiam and memang tak boleh nak fikir apa. dorang terus buka pintu belakang masuk dalam kereta grab aku tutup mata tutup mulut ikat tangan semua. pergh! tau tak fikir apa masa tu? fikir nak kena rogol and mati je! bodoh gilaaa sumpah! dalam kereta tu aku meronta-ronta sambil meraung panggil kak kim kak fafa and mama! aku keep on meraung menangis! tangan aku sakit gila dorg ikat and pegang nasib tak terkehel je. mata aku dorang tutup kuat sangat plus dorang tutup mulut sekuat hati cause aku tgh menjerit macam orang gila. suddenly, orang tu cakap kau diam kalau tak kau kena! kak kim and kak fafa dalam ketakutan pun cakap nad diam lah sbb dorg ada pisau tu! aku terus tersenyap sbb tersangat takut. sepanjang tu kereta tu berjalan. see? tak logic kan? tadi rosak ni boleh start dah. hahahah! sampai je rumah aku, dorang stop and angkat aku macam mayat tu sambil tutup mata and tutup mulut tak lepas. paling dorang jaga mata sbb dorang tak nak aku nampak pergi mana and dkt mana. hahaha. aku menjerit2 cakap sakitttt! then aku rasa aku dah diletakkan dekat atas lantai. orang2 tu suruh aku diam kalau tak dorang cakap nak rogol. lagi sekali aku terdiam sbb takut dgn apa yg dorang cakap tu. kak kim and kak fafa pun konon menangis cakap dkt mana ni aku takut bagai. shitttt! rasa macam diri ni bodoh sangat. and all of sudden! HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU sambil ada cahaya lilin dgn cake! dorang pun bukak mata aku and aku keep menangis gila gila sbb still takut and menggigil2 sambil cakap, sampai hati korang. haha.

haaa ni lepas dorang buka mata aku. macam mayat dah kan? HAHAHA :D

aku bangun jee aku terus pukul orang yg kidnap tadi tu, fazmirul, kerey and helmi. korang memang tak guna weh! sakit tau tak! arghhhhh stress gila aku! knp la aku beriyaa sangat. tak boleh terima gila lepas tu dorang prank macam tu sekali! after that aku memang lembik habis la bayangkan separuh mati meraung menangis melawan semua. dorang pun suruh aku tiup lilin cake and potong cake tu. hmmmm! dalam keadaan yg lemah dan tidak berdaya, cehhh aku pun tiup and potong la cake tu. and tetiba ada orang datang and aku tanya, siapa? dorang semua cakap, sadiq! hah! memang geram gilaaa kottt! terus serang dia cakap, haaa mana member accident patah kaki bagai? penipu! seronok la kan buat macam tu berkomplot sama2. rupanya time dkt kedai makan tu dia asik pegang phone je sbb tgh berBBM dgn si aina plan semua. hayooooo! patut la beriyaaa sangat ajak keluar makan kan. pfffttt =.= in conclusion, bengkak dah tangan kanan aku dkt pergelangan tangan. and and, masa dalam kereta tgh meronta ronta tu phone entah kemana purse selipar nasi gorang kampung yg dorang order tu semua terbang! hahaha. paling tak suka, screen protector phone calar balar gilaaa. oh frust! punya la jaga kot tak nak bagi calar. kena tukar screen protector baru la nampaknya. haaa fazmirul a.k.a konon2 penculik, ganti balik! hahaha :D lepas tu majlis makan2 berjalan seperti biasa lepak memekak dan main gitar nyanyi lagu birthday untuk aku. ohh such a great memories la kan! perasaan semalam, takut, sedih, gembira, seronok, kecewa, marah semua perasaan ada. haha.

happy birthday girl ! :)

tiramisu cake for me, yeayyy!

ada, wida, nad and aina :)

setinggi tinggi penghargaan kepada aina, wida, ada, mamat, fazmirul, helmi, kerey, sadiq, kak kim, kak fafa, kak sya, kak ah, kak wan, kak yang! thanks korang sebab buat surprise ni. even sangat tragis tapi happy sangat! terharu and gilaa appreciate apa korang buat. susah2 plan dari hari tu, belikan cake, thanks a lot and thank you so much! tak tau nak cakap mana tapi sayang korang lah especially aina, wida and adaaaa! :') HAPPY 19th BIRTHDAY NADHRAH YAACOB!


INI LAH HASIL KERJA MEREKA. SAKSIKAN LAH :D ACTION!



Sunday, 15 July 2012

Its all about IMD202 - Promotion for Information Products and Services!

Dah lama tak update blog so skrg nak update. Menceritakan tentang mcm mana ktorg berusaha untuk buat promotion dekat muzium adat istiadat ni. Selalu kena push2 dengan lecturer MISS Fatimah Zuhaira tu. Haihhh. 1 class serabut pasal ni plus ada la gaduh2 antara 1 sama lain semua. Asyik kena ulang alik Kota Bharu tu dari Machang ni. Dah la sejam jugak nak pegi sana. Kena sewa kereta minyak kereta semua. Banyak sgt duit dah habis pasal promotion ni. Ktorg semua kena collect duit sorang RM50. Nak promote suruh orang datang muzium bukan senang okay. Dah la muzium tempat yg orang jarang pergi. So ktorg kena la bagi flyers dekat orang ramai, dekat sekolah2, pasang banner, promote sana sini dekat facebook and twitter suruh orang pergi pameran ktorg. Sebab if takde orang datang ktorg mesti failed sbb ni final project. But overall, pameran ktorg berjalan dgn lancar even tak la best mana pun tak la gempak or apa. Tapi tak sangka ramai yg datang. Fuhh! Legaa bila dah habis semua ni.

Dah masuk dalam kawasan sekolah menuju class by class.

okay ready nak masuk class promote depan student form 6.

okay kami dari fakulti pengurusan maklumat nak invite you all datang pameran dekat muzium nanti.

dah macam cikgu pulak diri dekat depan student mcm ni. haha.

cikgu sekolah yg membantu kami.

otw pegi makan pulak.

bergambar beramai ramai.

lepas tu sambung bagi flyers dekat mall2 di sekitar kota bharu. tebalkan muka je malu tau tak! haha.

tiba la hari berlangsungnya pameran kami group IM110/3D. woahh! pagi dah bangun pukul 6 siap2 semua gerak KB pukul 7.30 sampai 8.30 mcm tu. sampai2 je kan, guess what! ramai gila student dari sekolah apa tah dah tunggu depan muzium tu! ktorg tak prepare apa2 lagi. gilaa ah. time tu kabut jugak sebenarnya. baru nak tampal2 article susun2 hadiah bagai. tapi ktorg still boleh control semua tu. sambil buat sambil layan orang yg tgk pameran tu. alhamdulillah. weee! dari pukul 9 sampai la pukul 3. penat gilaa sampai tertidur2 jugak la dekat sana. hihihi. lepas tu makin ramai pengunjung2 yg datang. pelancong2 omputeh la thailand la, student2 and semua2 la kan.

before gerak muzium adat istiadat. kabusss!

seee, ktorg  baru sampai dah ramai yg serbu! haha.

serbu nak masuk muzim. woahh.

ada wayang kulit :)

this is museum adat istiadat istana jahar kota bharu :)

sempat pose :)

bagi gift dekat omputeh ni. haha.

kanak2 join masuk pertandingan melukis mewarna.

minum air ribena!

salah 1 ahli group sy pakai kemeja kuning jugak. haha pelik!

meja pendaftaran.

jimmy.


posing depan muzium ni. hihi.

miss fatimah zuhaira yg boleh tahan cerewet. haha.

ketua pengarah dgn miss fatimah. tetiba menyelit baju kuning tuh!

ulama' from patani thailand pun datang!

tapak pameran group ktorg. adat istiadat perkahwinan diraja :)

wida, syali, nad. apih and ada mana? 5 orang 1 group.

bergambar bersama pelancong from thailand :) sawadikap!

bagi gift untuk peserta yg menjawab quiz dari pameran ktorg ni :)

main kawin kawin dgn apih! hahaha :D dia pun layan je la~
sampai tertidur dah last2 program tuh! wida capture senyap2! cis!

name tag!

hey! gambar 1 class. IM110/3D yg awesome! hihihi.

3 sahabat :D



Sunday, 15 April 2012

hello semua! okay, nak share cerita sepanjang 4 hari dekat kota kinabalu sabah bah! hahaha. okay, 1st day gerak pegi LCCT pukul 5.30 pagi. padahal flight pukul 7.50. mama kemain semangat nak pergi awal sgt. hihi. then sampai LCCT dah check in semua makan nasi lemak. bawak bekal cause mama and auntie masak before pegi. kelakar je. haha. pegi dgn mama auntie kakak and 3 org classmate kakak. termasuk aku 7 org semuanya. perjalanan ke sabah mengambil masa selama 2 jam suku mcm tu la. and masa dekat sabah awal 1 jam. kita dekat sini maghrib pukul 7 sana pukul 6 dah gelap mcm malam. haha.

muka tension angkat beg berat ! erghh. candid by mama.
mmg tidur la dalam flight cerita dia. bangun awal sgt. lawak boleh sama style tidur! candid by mama again :D


okay, after sampai tu tour guide bawak ktorg buat aktiviti ikut schedule dia. first sekali ktorg pegi melawat masjid besar. lepas masjid besar pegi melawat muzim sabah. lepas tu pegi melawat masjid terapung. lepas tu melawat yayasan sabah and last pegi tgk bandar dia dari atas bukit. so nampak semua sekali pemandangan bandar tu.

ni masjid besar sabah :)

 the museum shop!


biar kan dia dgn kegedik kannya. haha.
mama sopan je sampai dekat anak dara dia habis. haha.
dah nak balik dari muzium time ni. terima kasih kalau sudi datang lagi :)
lupa nak letak gambar kakak. hihi.
depan yayasan sabah :)
dah mcm botol air pun ada. haha.


tgk pemandangan dari atas bukit :)
pemandangan dari atas bukit ni :)

okay, dah habis jalan semua around pukul 4 ktorg check in apartment. 3 bilik 2 toilet. agak best apartment dia. weee :D

this is my room, dgn kakak :)
living room :)
kitchen :)

after rehat rehat, malam tu ktorg semua pegi pasar malam dia utk dinner. apartment ktorg sgt la strategic tempat dia cause dekat dgn semua benda. betul2 tengah2 bandar, so senang :)

get ready nak melantak! perut kau boncit gilaa Nadhrah oii. hahaha.
nampak tak besar gilaa udang tu! and ikan kerapu. erkkk kenyang alhamdulillah. hee :)

okay the 2nd day, bangun je sembahyang subuh jgn harap boleh tidur lagi. hari2 mcm tu. wooahh :0 sebabnya kena siap2 then breakfast dulu then tour guide mesti akan ambik pukul 8. 2nd day ni ktorg pegi 2 pulau. pulau sapi and pulau manukan. naik boat utk pegi pulau tu. gosh, dah la laju dia bawak boat. terhentak2 dlm boat tu sakit pinggang. haha. masa dekat pulau sapi 1st time dpt snorkeling. ada org yg guide ktorg so takde la rasa tak selamat. dpt tgk apa yg ada dlm laut. mula2 sumpah cuak nak snorkeling, then bila dah start selesa mmg tak takut langsung siap berenang sendiri lagi. haha. best gilaa! after pg pulau sapi ktorg pegi next pulau, pulau manukan. dekat sini pulak aku dgn kakak naik parachute tengah2 laut! as usual, mula2 cuak tp bila dah dekat atas takde rasa apa. hahaha. mmg awesome gilaa! 2 org RM150 :) thanks mama. bodek2 last dapat jugak merasa. hihi :D

before gerak, depan apartment.
after turun boat, pulau sapi :)
before snorkeling. hihi.
get readyeayy!
after snorkeling :) puas hati !
bubye pulau sapi ! going to next pulau, pulau manukan :D
haii pulau manukan ! 
before naik parachute, muka nervous :)
ready ready! takutttt gila time ni. haha.
okay, dah naik sikit. haha.
lihat! ktorg dah dekat atas sana! makin angin tolak makin tinggi laa ktorg.  besttt!
lalalalala! im on air! haha.
awesomeee!
dah landingg. fuhhh!
auntie and mama! datin wannabe! haha.
malam pulak, lepak starbucks dgn kakak sambil makan cake secret recipe :)
candid by kakak. tidur tidur! zzzzzz =,=


hari ketiga pulak, as usual lepas breakfast tour guide ambik bawak pegi gunung pulak. mula2 singgah rumah terbalik. haha. design sgt lawa la kan. semua yg dekat rumah tu mesti terbalik! after that pegi tgk ladang lembu. lepas tu naik jambatan gantung. tu first time and last la aku naik! sumpah cuak nak mampos. gila tinggi. jambatan tu dari pokok ke pokok. dah la hanya sekeping papan and tali jaring2 je. mcm2 dah aku fikir time tu. mmg jalan atas tu mcm robot fikir nak cepat sampai je. and bila org gerak2 kan sgt jambatan tu rasa mcm nyawa nak tercabut. fuhhh! pengalaman :D


                                                                                               rumah terbalik :)

                                                                         kereta pun terbalik :)






                                                                     gunung! sejuk mcm genting and cameron :)

                                                                                          kakakakakakakak :D

                                                                                 ladang lembu. moooooooooo!

                                                       before naik jambatan gantung yg mcm nak tercabut jantung!

                                                                                                    panas!

                                                             nampak tak muka cuak tu? nak cepat sampai ! haha.


okayy! hari lasttt! aktiviti bebas tak payah ikut tour guide dah. hari last ni baru boleh bgn pukul 11. bestnya tidur! hari2 bangun awal. hihi. pukul 1 check out dari apartment. then jalan2 mall dia, mama belikan aku and kakak rantai pearl. yeayy! dapat necklace baru! and lepas tu kawan mama belanja makan before pegi airport. makan dekat tepi pantai. after that, ktorg pun pegi airport. flight pukul 10.10 then sampai 12.30 pagi. the end of story! daaaaaaaaaaaaa~


                                                                                              thanks mama :D

                                                                          kawan mama dari sabah belanja :)


                                                                                                 silau silau :)

                                                                                           petang petanggg :)

                                                               nice view, bye sabah! gonna miss the moment :)